Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,098
Infinix Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition untuk pasaran tempatan dan ianya akan ditawarkan didalam dua model iaitu Infinix NOTE 40 5G dan Infinix NOTE 40 Pro 5G.
Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition ini dibangunkan dengan kerjasama BMW DesignWorks, telefon pintar ini mempunyai elemen UI Racing Edition dan latar belakang (wallpaper) yang diilhamkan oleh litar perlumbaan seperti garisan dinamik, simbol perlumbaan dan hiasan triwarna BMW Motorsport.
Selain itu, terdapat juga ikon biru-hitam-merah yang sinonim dengan BMW Motorsport pada bonggol kamera. Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition menampilkan teknologi All-Round Fast Charge 2.0, mencerminkan kelajuan dan kecekapan kereta lumba berprestasi tinggi BMW.
Infinix NOTE 40 Pro 5G Racing Edition
Infinix NOTE 40 Pro 5G Racing Edition ini hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass.
Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity 7020, 8GB RAM bersama ciri Extended RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 45W.
Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP. Terdapat lampu Active Halo.
Infinix NOTE 40 Pro 5G Racing Edition juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14, sensor capjari dan penarafan kalis air dan habuk IP54.
Infinix NOTE 40 5G Racing Edition
Infinix NOTE 40 5G Racing Edition memiliki skrin paparan flexible AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan 360Hz dan kecerahan maksima 1,300nits.
Seterusnya, NOTE 40 5G edisi khas ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7020 , 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 33W All-Round Fast Charge 2.0 dan 15W Wireless MagCharge yang dikuasakan dengan cipset Cheetah X1.
Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama ISOCELL 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP serta lampu Active Halo. Kamera selfie adalah 32MP.
Infinix NOTE 40 5G Racing Edition juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14 dengan dua kemaskini Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan, sensor capjari serta penarafan kalis air dan habuk IP54.
Harga
Infinix NOTE 40 5G Racing Edition akan ditawarkan pada harga RM 1,299 manakala Infinix NOTE 40 Pro 5G Racing Edition akan ditawarkan pada harga RM 1,098 dimana setiap pembelian akan menerima MagPower Racing Edition secara percuma.
Dapatkan Infinix NOTE 40 Series 5G Racing Edition di stor rasmi Infinix Lazada, Shopee dan TikTok Shop.