Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia – harga dari RM 2,199

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 1

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru HONOR 200 Series di Malaysia  iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro yang merupakan model Pro pertama kali ditawarkan dipasadan tempatan.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 3

Kedua-dua model ini mempunyai banyak persamaan dari segi rekaan dan spesifikasi utama seperti skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+, sensor utama 50MP, sensor portrait dan bateri 5,200mAh dengan pengecasan pantas 100W (berwayar).

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 4

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 5

Selain itu, HONOR 200 Pro hadir dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 bersama 12GB RAM atau 16GB RAM dan storan sehingga 1TB. HONOR 200 pula dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 dengan 12GB dan storan dalaman  256GB atau 512GB.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 6

Seterusnya, HONOR 200 Pro memiliki sensor utama 50MP H9000 yang merupakan sensor khas berasaskan sensor Omnivision OV50H yang merupakan sensor sama seperti pada Magic6 Pro manakala HONOR 200 pula tampil dengan sensor 50MP IMX906. kedua-dua sensor utama ini memiliki OIS.

Dalam pada itu, HONOR 200 Pro dan HONOR 200 juga menggunakan sensor telefoto 2.5x zoom beresolusi 50MP (IMX856) dengan aperture f/2.4 dan OIS yang mana HONOR juga telah berkerjasama dengan studio fotografi Perancis iaitu Harcourt yang menawarkan mod potret Harcourt baharu yang menyerupai pencahayaan studio profesional dengan AI.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 7

Mod potret Harcourt telah dibangunkan dengan proses pembelajaran mesin potret Harcourt yang menetapkan tahap exposure, cahaya dan bayang-bayang serta peningkatan tona dengan cepat untuk menghasilkan gambar potret gred studio.

Selain itu, sensor ketiga dibahagian belakang adalab sensor ultrawide 12MP dengan pemfokusan auto dan mod makro 2.5cm serta kamera selfie 50MP.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 8

Ciri lain HONOR 200 Series adalah Magic OS 8.0 yang berasaskan Android 14, sensor IR, pembesar suara stereo dan cip Honor C1+ chip pada HONOR 200 Pro.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 9

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 10

HONOR 200 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899  bagi versi 12/256GB dan RM 2,199 bagi versi 12/512GB didalam tiga warna iaitu Coral Pink, Moolight White dan Black.  HONOR 200 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 2,699 (12/512GB) didalam dua warna iaitu Ocean Cyan dan Moonlight White.

HONOR 200 Pro dan HONOR 200 rasmi di Malaysia - harga dari RM 2,199 11

HONOR 200 Series dibuka untuk pra-tempahan dari 19 hingga 27 Jun dengan hadiah percuma yang termasuk rebat RM 200, HONOR Earbuds X6 dan gantian panel hadapan dan belakang 365 hari.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.