Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi – harga lebih berpatutan

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi - harga lebih berpatutan 1

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi - harga lebih berpatutan 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy Watch FE yang merupakan jam pintar pertama didalam Galaxy FE Series.

Galaxy Watch FE ini adalah model Galaxy Watch4 yang dijenama semula dan ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2-inci dengan ukuran 40mm.

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi - harga lebih berpatutan 3

Samsung Galaxy FE ini  juga merupakan hadir demgan  OneUI 5 Watch yang berasaskan WearOS, cip 5nm iaitu Exynos W920 Dual Core 1.18GHz, 1.5GB RAM dan 16GB storan dalaman.

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi - harga lebih berpatutan 4

Samsung Galaxy Watch FE juga tampil dengan reka bentuk sensor BioActive 3 dalam 1 yang membolehkan anda mengukur PPG, ECG dan BIA, penarafan kalis air dan habuk IP68, kalis air 5ATM untuk selaman, pensijilan ketahanan MIL-STD-810H , Bluetooth 5.3, Wi-Fi, NFC dan GPS/Glonass/Beidou/Galileo.

Samsung Galaxy Watch FE dilancarkan secara rasmi - harga lebih berpatutan 5

Selain itu, Samsung Galaxy FE ini juga mempunyai kebolehan merekod sehingga 100 aktiviti kecergasan dan Always On Display serta bateri berkapasiti 247mAh.

Samsung Galaxy FE akan ditawarkan mulai 24 Jun pada harga $199 (RM 938) manakala versi LTE akan ditawarkan bermula bulan Oktober pada harga $249.99 (RM 1,179)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.