Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia

realme GT 6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 1

realme GT 6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 2

realme Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempahan awal bagi realme GT 6 yang akan dilancarkan dipasaran global pada 20 Jun 2024 kini dibuka.

realme GT 6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 3

Dari 13 Jun 2024 hingga 20 Jun 2024, pelanggan yang berminat boleh membuat deposit tempahan sebanyak RM6 di  realme Brand Store yang terdekat dan kedai pengedar sah . Selepas pembayaran penuh, pelanggan boleh membawa pulang realme GT 6 bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM1,096.

Hadiah tersebut termasuk realme Buds Air 5 (untuk  pembelian di realme Brand Store ) atau realme Buds T110 (wakil pengedar sah), Techlife Watch A1, Waranti Kerosakan Skrin 1 tahun dan Waranti Gantian 1-to-1 30 hari. Tawaran istimewa awal ini hanya sah untuk realme GT 6 sahaja.

realme GT 6 Series kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia 4

Menyentuh sedikit spesifikasi, realme GT 6 tampil dengan pemproses Snapdragon 8s Gen 3 yang berkuasa tinggi untuk prestasi tanpa kompromi, dengan mudah menakluki tugasan harian dan permainan intensif grafik. Sementara itu, realme GT 6T akan dikuasakan Snapdragon 7+ Gen 3 yang pertama kali ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Senarai realme Brand Store yang berdekatan anda boleh dilihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.