Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale 1

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale 2

Xiaomi akan mengadakan jualan 6.6 Mega Sale di stor rasmi Xiaom Malaysia di Shopee dan produk yang mungkin patut anda miliki adalah Xiaomi Smart Band 8 Pro.

Xiaomi Smart Band 8 Pro adalah jam kecergasan yang tampil dengan rekaan seperti jam tangan pintar namun pada harga yang lebih mampu milik.

Jom kita lihat apa ciri yang dimiliki jam kecergasan ini, ianya tampil dengan paparan AMOLED berukuran 1.74-inci dengan kadar 60Hz bersama rekaan yang ringan iaitu hanya 22.5g.

Selain itu, Smart Band 8 Pro ini memiliki kecergasan dan kesihatan yang amat menyeluruh seperti 150+ mod kecergasan, sensor optikal PPG 4-saluran bagi merekod kadar degupan jantung dan SpO2 dengan lebih tepat. Smart Band 8 Pro juga memiliki sistem satelit GNSS yang termasuk BeiDou, GPS, GLONASS, Galileo, dan QZSS yang membolehkan anda menjejaki aktiviti seperti larian dan berbasikal dengan lebih tepat.

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale 3

Seterusnya, Xiaomi Smart Band 8 Pro juga disertakan dengan 3D personal trainer yang menawarkan animasi untuk memanaskan badan dan menyejukan badan sebelum dan selepas sesuatu aktiviti kecergasan.

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale 4

Beralih kepada bateri, Smart Band 8 Pro juga memiliki bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari dengan satu pengecasan atau sehingga 6 hari apabila mod AOD di aktifkan.

Xiaomi Smart Band 8 Pro akan ditawarkan pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale 5

Xiaomi Smart Band 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 339 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 249 di jualan 6.6 Mega Sale yang akan berlangsung dari 5 Jun (8 malam) sehingga 9 Jun 2024 di stor rasmi Xiaomi di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.