Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 40 5G kini ditawarkan di Malaysia – RM 1,299

Infinix NOTE 40 5G kini ditawarkan di Malaysia - RM 1,299 1

Infinix NOTE 40 5G kini ditawarkan di Malaysia - RM 1,299 2

Infinix secara rasminya telah mengesahkan penawaran model baharu didalam keluarga Infinix NOTE 40 Series yang telah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu,

Infinix NOTE 40 5G memiliki skrin paparan flexible AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar pensampelan 360Hz dan kecerahan maksima 1,300nits.

Infinix NOTE 40 5G kini ditawarkan di Malaysia - RM 1,299 3

Seterusnya, NOTE 40 5G ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7020 , 12GB RAM dan 512GB storan dalaman. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 33W All-Round Fast Charge 2.0 dan 15W Wireless MagCharge yang dikuasakan dengan cipset Cheetah X1.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama ISOCELL 108MP dengan OIS , sensor potret 2MP + sensor makro 2MP serta lampu Active Halo. Kamera selfie adalah 32MP.

Infinix NOTE 40 5G juga memiliki pembesar suara JBL, antaramuka XOS 14 dengan dua kemaskini Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan, sensor capjari serta penarafan kalis air dan habuk IP54.

Infinix NOTE 40 5G kini untuk pra-tempahan didalam dua warna Titan Gold dan Obsidian Black pada harga RM 1,299 dimana pra-tempahan boleh dilakukan di Lazada, Shopee, TikTok Shop, dan wakil penjual rasmi Infinix Malaysia A

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.