Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 6 dan realme GT 6T akan ditawarkan di Malaysia -pelancaran global pada 20 Jun

realme GT 6 dan realme GT 6T akan ditawarkan di Malaysia -pelancaran global pada 20 Jun 1

realme GT 6 dan realme GT 6T akan ditawarkan di Malaysia -pelancaran global pada 20 Jun 2

realme secara rasminya telah mengesahkan  realme GT 6 Series dilancarkan di pasaran global pada 20 Jun ini demgan fokus utama kepada AI (Kecerdasan Buatan) yang mencetuskan gelombang baharu sebagai pengubah permainan seterusnya, realme telah menetapkan sasaran untuk menjadi Populariser AI dengan siri GT.

realme kini telah mengesahkan GT 6 Series akan turut memasuki pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan didalam dua varian iaitu realme GT 6 dan realme GT 6T.

Selain itu, realme GT 6 akan dikenali sebagai “New Flagship Killer Powered by AI” yang telah lama ditunggu-tunggu ditetapkan untuk mengatasi pendahulunya dengan menggabungkan pengalaman AI tercanggih dan prestasi berkuasa tinggi.

AI mewakili hala tuju masa depan industri telefon bimbit. Kemunculan era AIGC akan mencetuskan gelombang baru pengembangan pasaran, mendorong telefon pintar berkemampuan AI ke fasa pertumbuhan yang baru.

realme GT 6 Series akan dilancarkan di pasaran global pada 20 Jun ini di Milan, Itali.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.