Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Series disahkan untuk pasaran Malaysia – HONOR 200 Pro turut serta

HONOR 200 Series disahkan untuk pasaran Malaysia - HONOR 200 Pro turut serta 1

HONOR 200 Series disahkan untuk pasaran Malaysia - HONOR 200 Pro turut serta 2

HONOR telah mengesahkan telefon pintar Flagship Estetik AI iaitu HONOR 200 Series akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.

HONOR 200 Series ini akan menampilkan paparan yang imersif, spesifikasi canggih dan keupayaan AI tahap platform generasi akan datang yang mampu mendefinisikan semula masa depan penggambaran mudah alih.

Menariknya, HONOR Malaysia juga telah mengesahkan bahawa HONOR 200 Pro akan turut dilancarkan di pasaran tempatan yang merupakan kali pertama model ‘Pro’ ditawarkan.

Selain itu, Bagi mencipta telefon pintar dengan kemampuan fotografi potret terulung, HONOR telah menjalinkan kolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan HONOR 200 Series menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio.

HONOR 200 Series disahkan untuk pasaran Malaysia - HONOR 200 Pro turut serta 3

Studio Harcourt mempunyai sejarah sepanjang sembilan dekad telah banyak menggambar barisan selebriti dan golongan diraja termasuk Roger Federer , Permaisuri Rania dari Jordan, dan amat sinonim dengan mencipta potret abadi yang kepakaran menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.

Untuk menjadikan fotografi potret bertaraf studio ini, HONOR 200 Series juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk dilengkapi dengan sensor telefoto Sony IMX856.

Pastikan anda mengikuti berita terkini mengenai Siri HONOR 200 dengan mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.