Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic6 Pro didalam warna Cloud Purple mula dijual di Malaysia – kemaskini baharu MagicOS 8.0 juga mula ditawarkan

HONOR Magic6 Pro didalam warna Cloud Purple mula dijual di Malaysia - kemaskini baharu MagicOS 8.0 juga mula ditawarkan 1

HONOR Magic6 Pro didalam warna Cloud Purple mula dijual di Malaysia - kemaskini baharu MagicOS 8.0 juga mula ditawarkan 2

HONOR Magic6 Pro dalam warna lavender lembut Cloud Purple dambaan ramai kini telah dijual di seluruh negara ! Telefon pintar flagship HONOR didalam warna edisi terhad ini memiliki RAM 12GB dan storan 512GB dengan harga jualan RM4,499.

HONOR Magic6 Pro juga didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Epi Green dan Black dimana setiap pembelian telefon pintar ini akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,696.

HONOR Magic6 Pro didalam warna Cloud Purple mula dijual di Malaysia - kemaskini baharu MagicOS 8.0 juga mula ditawarkan 3

Kemas Kini Baharu MagicOS 8.0 untuk HONOR Magic6 Pro

HONOR telah mengumumkan penawaran kemaskini MagicOS 8.0 terbaru bagi HONOR Magic6 Pro. Kemaskini ini menyediakan aplikasi baharu dalam Magic Portal dan beberapa ciri baharu berguna untuk kegunaan harian pengguna. Sebagai sebahagian daripada MagicOS 8.0, ciri Magic Portal kini menyokong 100 aplikasi teratas merentas tujuh senario termasuk melancong, produktiviti, mesej, carian, hiburan, beli-belah dan media sosial. Interaksi Magic Portal serasi dengan aplikasi seperti LINE, WhatsApp, aplikasi suite Google, Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Taobao, ebay dan banyak lagi.

Selain Magic6 Pro, HONOR MagicOS 8.0 juga tersedia untuk HONOR Magic V2, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic5 Pro.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.