Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Premium Xiaomi Pad 6S Pro kini di Malaysia pada harga dari RM 2,799

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet premium terbaru syarikat ini iaitu Xiaomi Pad 6S Pro kini telah mula ditawarkan dipasaran tempatan.

Xiaomi Pad 6S Pro ini hadir dengan skrin paparan 12.4-inci yang memiliki resolusi 3K (3048 x 2032 piksel) dengan kadar segar semula 144Hz. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB serta HyperOS yang membawakan tiga ciri baharu iaitu Home screen+, Cross-device collaboration dan Xiaomi Smart Hub.

Selain itu, Xiaomi Pad 6S Pro juga memiliki kamera 50MP dan sensor depth 2MP dibelakang dan sensor 32MP dibahagian hadapan. Ianya juga disertakan dengan bateri 10,000mAh bersama pengecasan 120W HyperCharge.

Lain-lain ciri Xiaomi Pad 6S Pro adalah 6 speaker, 4 mikrofon, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 5.3. Xiaomi juga menawarkan aksesori produktiviti tambahan seperti Xiaomi Pad 6S Pro Touchpad Keyboard yang berharga RM699, Xiaomi Focus Pen yang berharga RM399, dan Xiaomi Pad 6S Pro Cover yang berharga RM149.

Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 akan ditawarkan mulai 16 Mei ini didalam warna Graphite Gray pada harga  RM 2,799 bagi versi 8GB+256GB dan RM 3,099 bagi versi 12GB+512GB. Setiap pembelian Xiaomi Pad 6S Pro akan menerima Touchpad Keyboard secara percuma (sementara stok masih ada) dan diskaun 30% bagi pembelian Xiaomi Focus Pen dan Xiaomi Pad 6S Pro Cover.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.