Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Series : Skrin Lebih Terang dan Lasak Berbanding Generasi Sebelum ini

Melihat diri anda menjeling pada skrin telefon pintar anda di bawah cahaya matahari terik?, Tertanya-tanya sama ada telefon pintar anda akan kekal  seperti baharu walaupun selepas bertahun-tahun  menghidupkannya buat kali pertama?

Jika anda telah mendengar banyak tentang Samsung Galaxy S24 Series yang diumumkan baru-baru ini, maka anda belum melihat apa-apa lagi.

Selain ciri yang didayakan AI  yang menjanjikan untuk merevolusikan cara anda melihat dan berinteraksi dengan dunia melalui telefon pintar anda, Galaxy S24 Series juga menampilkan penambahbaikan penting lain yang akan menjadikan pengalaman telefon pintar anda satu pengalaman yang anda tidak boleh hidup tanpanya.

Bolehkah Anda Lihat Apa yang Saya Lihat?

Bayangkan ini… anda sedang keluar berjalan-jalan apabila e-mel penting muncul ke dalam peti mel anda. Anda mengklik pada mesej, hanya untuk menyedari bahawa anda hampir tidak dapat melihat perkataan pada skrin. Atau anda menghabiskan hari dengan anak saudara anda di taman tema air, keluarkan telefon anda untuk merakam detik lucu, namun anda tidak dapat melihat apa yang ada pada skrin dengan cukup jelas untuk mengambil detik itu.

Untuk keadaan seperti ini, anda memerlukan skrin yang mampu mengatasi cahaya matahari dan di sini, Galaxy S24 Series mampu menawarkanya. Dengan kecerahan maksima sehingga 2600 nits (naik daripada 1700 nits yang tersedia dalam Galaxy S23 Series), paparan Dynamic AMOLED 2X ini telah menerima pensijilan daripada VDE Germany untuk 100 peratus Volume warna Mudah alih dalam julat warna DCI-P3, yang bermakna imej anda tidak terjejas dalam apa keadaan sekalipun dan anda akan mendapat warna terang yang luar biasa tanpa mengira tahap kecerahan yang berbeza.

Lebih Kukuh Daripada Yang Lain

Jika anda terlalu berhati-hati, malah paranoid, untuk memastikan skrin telefon pintar anda tidak tercalar, retak atau pecah, Galaxy S24 Ultra adalah jawapanya. Galaxy S24 Ultra menampilkan lapisan gelas Corning Gorilla Armor baharu Corning yang pada masa yang sama menangani kedua-dua keperluan untuk ketahanan dan peningkatan keperluan untuk optik yang lebih baik. Dibangunkan secara eksklusif oleh Corning dan Samsung, Corning Gorilla Armor ialah jenis gelas telefon pintar yang berbeza dengan apa yang ditawarkan dipasaran.

Berbanding dengan permukaan kaca biasa, Corning Gorilla Armor mengurangkan pantulan sehingga 75%, yang meningkatkan kebolehbacaan paparan dan meminimumkan pantulan skrin. Lebih-lebih lagi, Gorilla Armor menawarkan gabungan ketahanan dan kejelasan visual yang tiada tandingan, memberikan paparan yang lebih sempurna dalam cahaya matahari dan perlindungan yang lebih besar terhadap kerosakan yang disebabkan oleh pemakaian harian. Ini adalah penambahbaikan yang anda perlu lihat sendiri untuk percaya.

Gunakan Telefon Pintar Anda Selama yang Boleh

Kekal ‘up to date’ dengan kemaskini perisian terkini mungkin kelihatan seperti perkara yang menyusahkan untuk dilakukan. Namun ini adalah penting untuk membantu melindungi anda dan Samsung menawarkan sehingga 7 kemaskini OS bermula dari Galaxy S24 Series.

Dengan menawarkan 7  kemaskini OS Android dan 7 tahun kemaskini keselamatan untuk peranti baharu, bermula dengan siri Galaxy S24, Samsung bukan sahaja berusaha untuk memastikan pelanggan menggunakan telefon pintar mereka lebih lama tetapi juga memastikan maklumat peribadi anda kekal dilindungi , memastikan peranti anda sentiasa pantas dengan ciri terkini seperti semasa ia dilancarkan dan secara amnya memastikan kebolehgunaan, fungsi dan keserasian telefon anda sentiasa dikemas kini.

Nikmati tawaran eksklusif bernilai sehingga RM1,650 dari sekarang hingga 10 Mac 2024.

Untuk membeli peranti Galaxy S24, sila klik pautan masing-masing di bawah:

Samsung Galaxy S24 Ultra: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/buy/

Samsung Galaxy S24+ | Samsung Galaxy S24: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/buy/

Jom Baca Ulasan : s24 ultra ULASAN : Samsung Galaxy S24 Ultra – Premium dengan Titanium, Pintar dengan Galaxy AI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.