Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Series kini rasmi di Malaysia -pra-tempahan telah dibuka

Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy S24 Series di Malaysia selang beberapa jam selepas majlis Unpacked awal pagi tadi.

Seperti yang diketahui, Galaxy S24 Series telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 4,099 dan promosi pra-tempahan yang ditawarkan juga berbaloi.

Setiap pra-tempahan Samsung Galaxy S24 Series akan menerima eBaucar Samsung bernilai RM 500, gandaan storan dalaman percuma bernilai RM 500, diskaun PWP sehingga RM 800 bagi pembelian Galaxy Tab, Galaxy Watch atau Galaxy Buds yang terpilih dan potongan sehingga RM 650 jika anda ‘trade in’ peranti lama anda.

Promosi pra-tempahan ini akan ditawarkan dari 18 Januari sehingga 6 Februari 2024 atau sementara stok masih ada.

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 Ultra di SINI

Pra-tempah Samsung Galaxy S24 atau Galaxy S24+ di SINI

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S24 Series di Malaysia :

Samsung Galaxy S24 Ultra 12/256GB – RM 6,299

Samsung Galaxy S24 Ultra 12/512GB – RM 6,799

Samsung Galaxy S24 Ultra 12/1TB – RM 7,799

Samsung Galaxy S24+ 12/256GB – RM 4,899

Samsung Galaxy S24+ 12/512GB – RM 5,399

Samsung Galaxy S24  8GB/256GB – RM 4,099

Samsung Galaxy S24 8/512GB – RM 4,599

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.