Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro 13.2 akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Januari ini – pra tempahan kini dibuka

Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi terbaru siri MatePad Pro iaitu HUAWEI MatePad Pro 13.2 akan tiba di Malaysia pada 9 Januari ini dan pra-tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka.

Selain Huawei MatePad Pro 13.2, HUAWEI juga akan turut memperkenalkan model komputer riba MateBook terbaru iaitu HUAWEI MateBook D16 , dan fon telinga terbuka yang pertama iaitu HUAWEI FreeClip.

Paling menonjol pada pelancaran ini sudah pastinya adalah HUAWEI MatePad Pro 13.2” yang tampil dengan nisbah skrin-ke-badan 94%, reka bentuk ultra-ringan dan ultra-slim memastikan penggunaan mudah alih yang luar biasa. Tablet ini juga mempunyai HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang merupakan peranti pengguna pertama di dunia yang menampilkan teknologi NearLink, yang menghubungkan dan berinteraksi dengan lancar bersama HUAWEI MatePad Pro 13.2″.

Dengan teknologi NearLink, pengguna kini boleh meningkatkan pengalaman menulis mereka dengan latensi yang lebih rendah, garisan tepat dan tekanan penyesuaian.

HUAWEI MatePad Pro 13.2” kini dibuka untuk pra-tempahan mulai hari ini hingga 8 Januari 2023 bersama hadiah percuma yang menarik seperti papan kekunci magnetik pintar HUAWEI, HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI M-PENCIL dan HUAWEI Sound Joy akan menjadi milik anda jika anda membuat pra-tempahan sekarang! Bukan itu sahaja, HUAWEI MateBook D16 dan HUAWEI FreeClip juga kini tersedia untuk pra-pesanan, menjadikan ini masa yang sesuai untuk mendapatkan barisan produk terbaru Huawei bagi memenuhi semua keperluan teknologi anda.

Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai promosi ini, sila kunjungi Huawei Experience Store atau dapatkanya di HUAWEI Official Website.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.