Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CASETiFY lancar koleksi aksesori bertemakan Naruto – mula dijual 13 Disember ini

Pengeluar casing telefon pintar terkemuka global iaitu CASETiFY telah mengumumkan kerjasama buat julung kali dengan anime terkemuka Jepun iaitu Naruto.

Koleksi NARUTO x CASETiFY ini menggabungkan reka bentuk berinspirasikan watak utama NARUTO yang sangat anggun dan cukup bergaya untuk ke mana-mana.

CASETiFY akan menawarkan casing signatur keluaran CASETiFY iaitu Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce yang ditawarkan kepada pengguna iPhone, Samsung dan Google Pixel.

Selain itu, Kolaborasi CASETiFY dan Naruto ini turut dipanjangkan kepada  aksesori lain seperti AirPods, AirPods Pro, AirPods Max, AirTag, MacBook, dan Ipad termasuklah tali jam tangan Apple Watch, pengecas wayarles, sarung MagSafe, sarung pek bateri MagSafe dan tali telefon.

Anda juga boleh mendapatkan Akatsuki Cloud Collectible AirPods Case, sarung AirPods bertemakan ikat kepala dan Tali Utiliti dengan kunai.

Koleksi Naruto dan CASETiFY ini akan ditawarkan di seluruh dunia di casetify.com/co-lab mulai 13 Disember ini. Bagi peminat Naruto atau CASETiFY di Malaysia, ia boleh dibeli dalam talian di CASETiFY Co-Lab app (yang kini boleh didapati di App Store).

Selain koleksi Naruto, CASETiFY juga telah mengumumkan penawaran pengecasan POWERTHRU 2-IN-1 Charging Sand bernilai $100. Ianya membolehkan anda mengecas iPhone dan AirPods anda serentak. Dapatkanya di SINI

Para peminat kini boleh membeli koleksi penuh di casetify.com.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.