Sistem pembayaran tol terbuka kini beroperasi sepenuhnya di 11 lebuh raya
Sistem kutipan tol terbuka secara rasminya telah mula beroperasi dari 29 September yang membolehkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit & kad prabayar yg mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard di 11 lebuh raya yang menawarkan perkhidmatan ini.
11 lebuh raya yang menyokong pembayaran terbuka ini adalah seperti berikut :
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Skim Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
- Terowong SMART
- Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Koridor Guthrie
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
Penawaran sistem pembayaran tol terbuka sudah pastinya akan melancarkan lagi proses pembayaran tol yang kini tidak hanya terhad kepada pembayaran melalui kad touch n go dan RFID sahaja.
Walaubagaimanapun, pada pendapat kami jumlah laluan yang menyokong pembayaran terbuka ini harus ditambah kerana hanya terdapat satu laluan sahaja yang menyokong mod pembayaran ini.