Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penggunaan DuitNow QR akan dikenakan caj transaksi 0.25% kepada peniaga bermula 1 November

Penggunaan pembayar cashless dilihat telah mencapai pertumbuhan yang tinggi sejak DuitNow QR mula digunakan secara meluas namun bermula 1 November 2023, setiap transaksi ini akan dikenakan caj sebanyak 0.25%.

Caj transaksi ini akan dikenakan kepada peniaga apabila pelanggan membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR iaitu sebanyak 0.25% atau sebanyak 0.5% apabila pembayaran dibuat menggunakan kad debit atau kredit.

Dalam pada itu, pengendali DuitNow QR iaitu Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mengesahkan pengguna akan dikenakan caj transaksi bermula 1 November dan ini dijangka akan tidak akan memberikan kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.

Menurut PayNet, caj transaksi ini bukan sesuatu yang baharu malah ianya telah dikecualikan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2019 dan caj ini sepatutnya telah mula dikenakan 9 bulan lalu.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.