Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds SE 2 kini di Malaysia – RM 199 sahaja

Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa earbuds terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds SE 2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 sahaja.

Mulai 1 September 2023 hingga 8 September 2023, pelanggan boleh membuat pra-pesanan HUAWEI FreeBuds SE 2 (RRP: RM199) bermula pada harga yang lebih murah iaitu hanya RM149 melalui kedai rasmi Huawei di Shopee dan Lazada.

Diilhamkan oleh kejayaan pendahulunya, HUAWEI FreeBuds SE 2 mengekalkan ciri premium kegemarannya seperti binaan ringan, fungsi interaktif pintar dan sambungan yang boleh dipercayai.

Selain itu, rekaan yang bergaya yang disesuaikan dengan keutamaan belia telah diperkenalkan, meningkatkan keselesaan dan gaya.

HUAWEI FreeBuds SE 2 tampil dengan rekaan earbuds open-fit yang memiliki Bluetooth 5.3 dan sehingga 40.

jam jangka hayat bateri. Ianya juga menyokong pengecasan pantas yang memberikan 3 jam waktu pendengaran dengan 10 minit pengecasan.

Selain itu, FreeBuds SE 2 juga memiliki penarafan IP54 satu satu mikrofon untuk pembatalan bunyi hingar ketika panggilan.

HUAWEI FreeBuds SE 2 boleh didapati dalam dua warna yang bergaya iaitu Isle Blue dan Ceramic White.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.