Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro Series akan memiliki storan permulaan 256GB – harga lebih mahal

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang akan dilancarkan bulan hadapan dilaporkan akan dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding iPhone 14 Pro Series iaitu sekitar $100 namun storan permulaan bagi model ini akan turut dipertingkatkan.

menurut pemilik akaun Weibo Red Lotus Technology, storan dalaman iPhone 15 Pro Series akan bermula dari 256GB sehingga 2TB.

Secara teknikalnya, Apple mengekalkan harga jualan iPhone 15 Pro Series ini namun pengguna tidak lagi mempunyai pilihan untuk membeli varian 128GB yang lebih murah.

Walaubagaimanapun, ramalan jualan iPhone 15 juga dikatakan akan mencatatkan penurunan dan peningkatan harga juga akan memainkan peranan.

Dalam pada itu, peningkatan harga ini mungkin berbeza mengikut pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.