OnePlus Nord 3 5G disahkan akan tampil dengan sensor utama flagship 50MP IMX890
OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus Nord 3 5G akan dilengkapi sensor kamera utama flagship 50MP Sony IMX890.
Lebih menarik, OnePlus Nord 3 5G akan menggunakan teknologi yang sama seperti pada OnePlus 11 5G yang termasuk sistem pengstabilan imej (OIS) dan algoritma fotografi yang sudah pastinya membolehkan pengguna mengambil gambar yang baik tanpa mengira keadaan.
Pengesahan mengenai sensor utama flaghsip ini tiba selepas OnePlus mendedahkan bahawa OnePlus Nord 3 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Julai ini.
Maklumat lanjut mengenai OnePlus Nord 3 5G boleh dilihat di laman rasmi OnePlus Malaysia.