iQOO Neo7 Pro akan dilancarkan pada 4 Julai – guna cip Snapdragon 8+ Gen 1
iQOO Neo 7 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran global pada 4 Julai ini dan sebagai permulaan, ianya akan memasuki pasaran India.
Neo 7 Pro merupakan model antarabangsa bagi iQOO Neo7 Racing spesifikasi telefon pintar ini dilihat akan sama seperti model yang eksklusif di pasaran China ini.
Dengan ini, iQOO Neo7 Pro dijangka akan tampil dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+ serta kamera selfie 16MP.
Selain itu, iQOO Neo7 Pro juga telah disahkan akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 namun kapasiti RAM dan storan dalaman masih belum didedahkan.
Beralih kepada kamera, iQOO Neo7 Pro dijangka akan turut memiliki sensor utama 50MP GN5 dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Seterusnya, telefon pintar ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W yang mampu memberikan 50% pengecasan didalam masa 10 minit sahaja.
Akhir sekali, iQOO Neo7 Pro juga memiliki dual X-axis linear motor, sistem penyejukan VC dan Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.