Honor 90 akan dilancarkan di pasaran global pada 6 Julai ini
Susulan selepas pelancaran di China pada bulan lalu, Honor kini telah mengesahkan bahawa pelancaran global Honor 90 akan berlangsung di Paris pada 6 Julai ini.
Honor 90 ini tampil dengan skrin paparan 1-bilion warna AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 2664 x 1200 piksel dengan kadar 120Hz, HDR dan kecerahan maksima sehingga 1,600nits.
Selain itu, panel hadapan juga menempatkan kamera selfie iaitu sensor 50MP manakala pada bahagian belakang terdapat sensor utama 200MP ISOCELL HP3 yang mempunyai aperture f/1.9, sensor ultrawide 12MP dan sensor depth 2MP. tiada OIS disertakan.
Selain itu, Honor 90 ini akan dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, dua pilihan RAM iaitu 12GB atau 16GB, storan sehingga 512GB dan MagicOS yang berasaskan Android 13.
Dalam pada itu, telefon pintar Honor ini juga mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W , pembesar suara stereo dan GPU Turbo X.