Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE 30 dan Note 30 5G diumumkan dengan cip MediaTek dan pengecasan All-Round FastCharge 45W

Infinix NOTE 30 5G Malaysia

Infinix NOTE 30 5G Malaysia

Infinix secara rasminya telah mengumumkan penawaran tiga model baharu Infinix NOTE 30 Series iaitu Note 30 dan Note 30 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei ini namun Infinix NOTE 30 5G dijangka tidak akan ditawarkan di Malaysia.

Infinix NOTE 30 Series membawakan teknologi pengecasan pantas terbaru syarikat ini iaitu All-Round FastCharge dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar.

Didalam artikel ini kita akan memfokuskan kepada Infinix NOTE 30 dan Infinix NOTE 30 5G.

Infinix NOTE 30 dan Note 30 5G diumumkan dengan cip MediaTek dan pengecasan All-Round FastCharge 45W 1

Infinix Note 30

Infinix NOTE 30 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Helio G99, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Infinix NOTE 30 tampil dengan sensor utama 64MP OmniVision OV64B dengan aperture f/1.7 bersama sensor 2MP dan sensor AI. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, Infinix NOTE 30 memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan All-Round FastCharge 45W (9V/5A) dan ianya juga mempunyai ketahanan tinggi sehingga 1,000 kitaran serta sokongan pengecasan berbalik.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki dual-speaker yang dibangunkan JBL, Android 13, NFC, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Infinix Note 30 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Magic Black, Interstellar Blue, dan Sunset Gold.

Infinix Note 30 5G

Infinix NOTE 30 5G hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz, cip MediaTek Dimensity 6080, 4GB atau 8GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Infinix NOTE 30 5G tampil dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 dengan aperture f/1.75 bersama sensor 2MP dan sensor AI. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, Infinix NOTE 30 5G juga memiliki sel berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan All-Round FastCharge 45W namun pada kadar 10V/4.5A dengan ketahanan tinggi sehingga 1,000 kitaran serta sokongan pengecasan berbalik.

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki dual-speaker yang dibangunkan JBL, Android 13, NFC, bicu audio 3.5mm dan slot microSD.

Infinix Note 30 5G turut akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Magic Black, Interstellar Blue, dan Sunset Gold.

Harga Infinix NOTE 30 bagi pasaran Malaysia akan diumumkan di majlis pelancaran tempatan pada 24 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.