Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Odyssey Neo G7 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 – monitor gaming Mini-LED pertama Samsung

Samsung Odyssey Neo G7 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 - monitor gaming Mini-LED pertama Samsung 1

Samsung Odyssey Neo G7

Samsung Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan monitor gaming Samsung Odyssey Neo G7 – monitor dengan paparan Mini-LED rata yang pertama, menambah faktor bentuk baharu kepada siri Odyssey yang terkemuka dalam industri

Samsung Odyssey Neo G7 direka untuk memberikan kualiti gambar seperti melihat dengan mata sendiri,  tontonan berprestasi tinggi yang boleh disesuaikan dan ciri diperibadikan untuk permainan dan hiburan yang optimum.

Samsung Odyssey Neo G7 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 - monitor gaming Mini-LED pertama Samsung 2

Odyssey Neo G7 memiliki skrin paparan 43-inci dengan  resolusi 4K (3,840 x 2,160) bersama VESA Display HDR600 dan pensijilan HDR 10+ untuk kualiti gambar  yang mempamerkan grafik terbaik masa kini. Panel ini juga menyokong kadar segar semula 144Hz bersama AMD FreeSync Premium Pro dan Flex Move Screen yang membolehkan anda melaras saiz skrin antara 43-inci atau 20-inci.

Samsung Odyssey Neo G7 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 - monitor gaming Mini-LED pertama Samsung 3

Selain itu, paparan Matte juga mengurangkan pantulan cahaya pada skrin, meminimumkan gangguan semasa sesi permainan yang paling sengit

Odyssey Neo G7 ialah monitor yang hebat untuk mana-mana platform permainan — ia menggunakan sambungan DisplayPort atau HDMI untuk menyambungkannya ke CPU permainan pengguna atau gunakan slot HDMI 2.1 untuk bermain pada konsol permainan terbaharu.

Selain itu, Odyssey Neo G7 juga menyokong Samsung Smart Hub dan Samsung Gaming Hub serta sokongan seperti TV pintar dengan aplikasi penstriman OTT yang popular seperti Prime Video, Netflix dan YouTube.

Samsung Odyssey Neo G7 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 3,699 - monitor gaming Mini-LED pertama Samsung 4

Samsung Malaysia juga mengumumkan tawaran eksklusif di mana pelanggan boleh berjimat RM900 apabila mereka membeli 43’’ Odyssey Neo G7 mulai sekarang hingga 21 Mei 2023.

Ianya kini ditawarkan di dalam warna Putih, pada harga RM 4,599 atau RM 3,699 selepas potongan rebat bernilai RM 900.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.