Apple iPhone 15 Pro Max dijangka akan memiliki bezel skrin paling nipis dipasaran – USB-C turut disertakan
Laporan Cat yang didedahkan oleh Ice Universe mendedahkan bahawa Apple iPhone 15 Pro Max akan tampil dengan bezel sisi yang ternipis dipasaran.
Jalur hitam pada Apple iPhone 15 Pro Max dilaporkan akan mempunyai ukuran sekitar 1.55mm iaitu lebih nipis berbanding apa yang dimiliki oleh Apple iPhone 14 Pro Max iaitu 2.17mm.
Apa yang menarik adalah, Apple iPhone 15 Pro Max juga akan mengatasi rekod semasa yang dipegang oleh Xiaomi 13 yang memiliki ketebalan bezel 1.81mm manakala Galaxy S23 memiliki ukuran bezel sekitar 1.95mm.
Selain itu, Apple iPhone 15 Pro juga akan memiliki ukuran bezel sisi yang nipis dan kedua model ini akan meneruskan rekaan skrin yang memiliki lubang punch-hole berbentuk pil dengan Dynamic Island.
Dalam pada itu, lakaran CAD bagi iPhone 15 dan iPhone 15 Plus juga akan memiliki Dynamc Island namun sokongan ProMotion akan kekal pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sahaja.
Walaubagaimanapun, perubahan terbesar pada iPhone tahun ini adalah penggunaan USB-C.