Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan buka Galaxy Experience Space di 29 lokasi seluruh dunia untuk anda rasai kehebatan Galaxy S23 Series

Samsung akan buka Galaxy Experience Space di 29 lokasi seluruh dunia untuk anda rasai kehebatan Galaxy S23 Series 1

Samsung akan buka Galaxy Experience Space di 29 lokasi seluruh dunia untuk anda rasai kehebatan Galaxy S23 Series 2

Samsung Electronics telah mengumumkan ianya akan membuka 29 ruang interaktif Galaxy Experience Spaces di beberapa lokasi utama didunia seperti di San Francisco, London, Paris, Singapura dan Dubai, susulan dari acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada 1 Februari ini. Tempat ini akan membolehkan pelawat dan peminat melihat dan berinteraksi dengan peranti dan inovasi yang baru diperkenalkan.

Pengguna akan dapat melawat ruang dan mengambil bahagian dalam pameran konsep interaktif yang menarik. Setiap konsep akan menawarkan pengalaman yang unik, seperti sistem kamera terbaharu Galaxy, menguji potensi ekosistem tersambung Galaxy, atau mempelajari tentang usaha Samsung ke arah masa depan yang mampan.

 Samsung berazam untuk menjadikan Galaxy Experience terbuka dan boleh diakses oleh seramai yang mungkin selepas pertama kali membuka Galaxy Experience pada bulan Ogos 2022 di New York dan London dan tahun ini Samsung akan membuka lima Galaxy Experience dan membawakan pengalaman yang hampir sama di 24 stor Samsung atau pop-up di seluruh dunia.

Lokasi Galaxy Experience Space:

• San Francisco: 1 – 25 Februari di 111 Powell Street

• London: 1 Februari – 12 Mac di Westfield White City

• Paris: 1 Februari – 1 Mac di Westfield Les 4 Temps

• Singapura: 2 – 25 Februari di Gardens by the Bay, West Lawn

• Dubai: 2 – 28 Februari di Dubai Mall

Bagi kita di Malaysia, pengalaman Galaxy Experience ini boleh dirasai di stor Samsung yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.