Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini

HUAWEI nova 10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 1

HUAWEI nova 10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 2

HUAWEI  telah mengesahkan pelancaran HUAWEI Mate 50 Series di Malaysia pada 3 November ini dan ianya juga akan turut menjadi pentas kepada pelancaran rasmi HUAWEI nova 10 Series.

HUAWEI nova Series adalah kelas telefon pintar midrange syarikat ini yang membawakan spesifikasi setaraf harga flagship namun pada harga yang lebih berpatutan.

Aplikasi Google kini boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI – eksklusif untuk pengguna Malaysia

Selain itu, HUAWEI nova 10 Series akan hadir didalam tiga model iaitu HUAWEI nova 10, HUAWEI nova 10 Pro dan HUAWEI nova 10 SE.

HUAWEI nova 10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 3

HUAWEI nova 10 Pro akan tampil dengan beberapa ciri mencuri tumpuan seperti kamera selfie 60MP dual autofokus, pengecasan pantas 100W dan sensor utama 50MP.

Dalam pada itu, HUAWEI nova 10 pula akan menampilkan sensor selfie 60MP, pengecasan pantas 66W dan kamera utama 50MP.

HUAWEI nova 10 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 4

Bercakap mengenai HUAWEI nova 10 SE pula, ianya akan akan tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 66W.

Maklumat penuh spesifikasi dan harga HUAWEI nova 10 Series akan diketahui pada pelancaran rasmi yang akan berlangsung didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.