Xiaomi TV A2 Series kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 799 sahaja
Xiaomi Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan barisan produk rumah pintar terbaru mereka dengan kerjasama UEM Sunrise untuk mempamerkan pengalaman rumah pintar yang lebih realitisik.
Paling mencuri tumpuan adalah pelancaran televisyen pintar Xiaomi TV A2 yang mula ditawarkan di Malaysia pada harga yang sangat kompetitif.
Xiaomi TV A2 tampil dengan reka bentuk yang premium yang diperbuat daripada rangka aluminium dan mempunyai kemasan unibodi.
Xiaomi TV A2 58″ menawarkan resolusi 4K Ultra HD dengan kadar 60Hz MEMC manakala Xiaomi TV A2 43″ hadir dengan resolusi FHD diikuti Xiaomi TV A2 32″ yang memiliki resolusi HD.
Selain itu, paparan Xiaomi TV A2 ini juga menyokong paparan 1.07 bilion warna, 2x pembesar suara stereo 12W, Dolby Vision sistem operasi AndroidTV, alat kawalan 360⁰ Bluetooth dan Google Assistant.
Xiaomi TV A2 58″ akan ditawarkan di Malaysia mulai 9 September ini pada harga RM 2,799 (percuma Mi 23.8″ Desktop Monitor 1C) , manakala Xiaomi TV A2 43″ pula akan ditawarkan pada harga RM 1,099. Pembelian Xiaomi TV A2 ini boleh dilakukan di stor rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan stor fizikal Xiaomi.
Dalam pada itu, Xiaomi TV A2 32″ akan memasuki pasaran Malaysia pada tarikh yang diumumkan kelak pada harga RM 799 sahaja.