Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 6D Ultimate akan dilancarkan 19 September ini – dijana cip Dimensity 9000+

Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan melancarkan satu lagi telefon pintar gaming didalam Asus ROG Phone 6 Series yang akan dikenali sebagai Asus ROG Phone 6D Ultimate.

Telefon pintar Asus ROG Phone 6D Ultimate ini akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 9000+ yang menjanjikan 5% peningkatan prestasi CPU dan 10% peningkatan prestasi GPU berbanding Dimensity 9000.

Walaubagaimanapun, laporan awal daripada AnTuTu menunjukkan bahawa prestasi keseluruhan ROG Phone 6D hanya beberapa peratus lebih rendah berbanding Asus ROG 6 Pro yang menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 namun mata GPU yang diperoleh cip terbaru ini adalah lebih tinggi.

Asus ROG Phone 6D Ultimate akan dilancarkan pada 19 September ini.

https://twitter.com/ASUS_ROG/status/1564191138780614657?t=Ali4YiSxqJgETaIA7jt5ag&s=19

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.