Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) mungkin menyokong pengecasan pantas 45W

Nothing Phone (1) mungkin menyokong pengecasan pantas 45W 1

Nothing Phone (1) mungkin menyokong pengecasan pantas 45W 2

Nothing Phone (1) telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai di majlis khas yang akan berlangsung di London.

Maklumat terbaru mengenai Nothing Phone (1) yang diketahui melalui pensijilan TUV adalah telefon pintar ini mungkin menyokong pengecasan pantas 45W.

Nothing Phone (1) mungkin menyokong pengecasan pantas 45W 3

Pensijilan ini menyenaraikan tiga model pengecas berjenama Nothing yang merujuk kepada tiga varian adapter pengecas mengikut pasaran.

Selain itu, pengecas ini juga mempunyai sokongan PPS yang bermaksud ianya boleh digunakan untuk mengecas peranti seperti komputer riba dan telefon pintar flagship Android yang lain.

Setakat ini, ciri spesifikasi telefon pintar Nothing Phone (1) yang telah disahkan adalah reka bentuk panel belakang lutsinar, pengecas tanpa wayar, bingkai aluminium yang dikitar semula dan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon.

Sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.