Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Enco X2 – TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 1

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 2Pengenalan

Bersama telefon pintar OPPO Find X5 Pro, OPPO juga telah memperkenalkan earbuds tanpa wayar flagship terbaru mereka iaitu Enco X2 yang menjanjikan pengalaman audio dan pembatalan bunyi hingar terbaik daripada syarikat ini.

Seperti Enco X, OPPO X2 juga dibangunkan dengan kerjasama Dynaudio, syarikat audio terkemuka Denmark yang telah ditubuhkan pada 1977.

Iterasi kedua Enco X juga sedikit sebanyak telah menambah baik kekurangan yang ada pada generasi pertama dan ciri yang ditawarkan pada earbuds ini adalah lengkap di atas kertas.

OPPO Enco X2 kini telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799, persoalanya mampukah Enco X2 memberikan persaingan yang lebih sengit kepada TWS premium lain dipasaran?, baca ulasan kami dan ketahui lebih lanjut tentang TWS ini.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 3

Reka Bentuk

OPPO Enco X2 menampilkan reka bentuk yang hampir sama seperti OPPO Enco X namun dengan beberapa penambahbaikan kecil.

Oppo Enco X2 hadir dengan reka bentuk yang in-ear yang sama seperti generasi sebelum ini dan pemakaian untuk tempoh panjang dijangka tidak menjadi masalah.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 4

Selain itu, eartip silikon yang digunakan bersama OPPO Enco X2 juga lembut dan ianya kini dilapisi salutan anti bakteria yang memastikan ianya sentiasa bersih dan selesa untuk dipakai.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 5

Didalam kotak juga terdapat dua saiz eartip tambahan iaitu saiz S dan saiz L manakala saiz M telah siap dipasang pada TWS Oppo Enco X2.

Untuk memastikan saiz earbuds yang sesuai untuk anda , OPPO Enco X2 mempunyai ujian Earbuds Fit Test dan ini memastikan anda menikmati pengalaman audio terbaik dari TWS flagship OPPO ini.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 6

Untuk melakukan ujian Earbuds Fit Test ini dan akses kepada semua ciri OPPO Enco X2, pastikan anda memuatnaik aplikasi Hey Melody pada telefon pintar Android atau iOS anda.

Muat naik HeyMelody di Google Play Store

Muat naik HeyMelody di Apple App Store

Selain itu, kedua-dua sisi earbuds Oppo Enco X2 juga mempunyai bahagian sesentuh sensitif yang boleh digunakan untuk mengaktifkan beberapa fungsi dengan lebih mudah termasuk mod ANC, memainkan dan menghentikan muzik, dan melaras kelantangan bunyi.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 7

Berikut adalah fungsi yang ditawarkan pada bahagian touch control OPPO Enco X2 :

Double Tap – memainkan lagu pada trek seterusnya

Touch & Hold – aktifkan mod Max Noise Cancellation atau Transparency

Naikkan/Turunkan kelantangan muzik – slide ke atas atau bawah pada mana-mana earbuds.

Dalam pada itu, Earbuds OPPO X2 ini juga mempunyai huruf L dan R yang jelas untuk memastikan anda tidak mudah keliru ketika hendak memakai earbuds.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 3

Bercakap mengenai bekas pengecasan, OPPO Enco X2 kini tampil dengan butang indikasi LED pada bahagian dalam dan bukanya diluar seperti pada Enco X, butang pada sisi pula kini lebih terbenam ke dalam dan terdapat slot pengecasan USB-C pada bahagian bawah dan ianya bersebelahan dengan lampu indikasi LED pengecasan.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 9

Bercakap mengenai berat, setiap earbuds OPPO Enco X2 ini adalah seberat 4.7gram manakala berat bekas pengecasan adalah 47gram yang menjadikan berat keseluruhan peranti ini adalah 56.4gram.

Akhir sekali, OPPO Enco X2 juga mempunyai pensijilan IP54 boleh memakainya ketika melakukan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh.

Ciri-ciri OPPO Enco X2

Oppo Enco X hadir dengan Bluetooth 5.2 yang memberikan anda jarak perhubungan sehingga 10 meter dan ianya boleh digunakan bersama peranti Android mahupun iOS.

Selain itu, Enco X2 juga mempunyai cip DAC dan syarikat ini telah memilih induktor audio berkualiti tinggi yang lebih baik untuk OPPO Enco X2. Berbanding dengan generasi sebelumnya, OPPO Enco X2 juga menawarkan peningkatan 25% dalam kelantangan bunyi, membolehkan anda kekal imersif dalam muzik anda dan merasai kualiti bunyi yang menakjubkan.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 10

ANC

Bercakap mengenai teknologi pembatalan bunyi hingar aktif pada Enco X2, TWS ini tampil dengan algoritma ANC yang telah diprogram.

Ianya digandingkan dengan diafragma yang ringan, OPPO Enco X2 menyokong kedalaman pembatalan hingar sehingga 45 dB , fon telinga OPPO Enco X2 boleh mengurangkan bunyi kuat dari kapal terbang, kereta dan jalan dengan berkesan.

Oppo Enco X2 tampil dengan 2 mod pembatalan bunyi seperti berikut :

Transparency- membenarkan anda mendengar bunyi dan suara sekeliling

Noise Cancellation- terdapat beberapa tahap ANC yang ditawarkan:

Smart ANC – OPPO Enco X2 boleh mengenal pasti persekitaran anda secara automatik dan menawarkan mod pembatalan hingar yang paling sesuai dan pengalaman pemakaian yang selesa walaupun anda memakainya sepanjang hari

• Max ANC – mod ini menyingkirkan bunyi bising luar yang kuat seperti bunyi enjin kapal terbang dan kereta api.

•Moderate ANC – mod ini untuk menyingkirkan bunyi bising seperti di jalan raya dan pusat membeli belah.

•Mild ANC – mod ini untuk menyingkirkan bunyi yang lebih perlahan seperti di pejabat atau kafeteria yang memberikan anda pendengaran lebih selesa.

Selain itu, OPPO Enco X2 juga menawarkan mod ANC khas yang ditetapkan mengikut struktur saluran pendengaran dan pemakaian earbud yang tepat dengan membuat ujian khas.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 11

Enco Master EQ

OPPO Enco X2 juga mempunyai pelaras EQ yang dibangunkan bersama Dynaudio dan terdapat 3 pilihan EQ iaitu Dynaudio Real, Dynaudio Simple & Clear dan Dynaudio Punchy. Ciri ini boleh di akses melalui aplikasi Hey Melody.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 12

Golden Sound

Satu lagi ciri yang boleh diakses melalui aplikasi Hey Melody adalah Golden Sound yang membolehkan anda menetapkan tetapan paling sesuai untuk telinga anda selepas Enco X2 ini menganalisa struktur saluran telinga dan ciri pendengaran.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 13

Ujian ini mengambil masa sekitar 3 minit yang mana sebelum melakukan ujian ini anda disarankan melakukan ujian Earbud Fit Test.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 14

Kualiti Audio

OPPO Enco X2 ternyata mampu menawarkan kualiti audio yang sangat baik dan ianya boleh dikategorikan ditahap tertinggi bersama earbud premium lain dipasaran.

Tahap kelantangan audio juga sangat mencukupi tanpa perlu diletakkan pada tahap maksima.

Selain itu, ciri ANC juga berfungsi dengan baik dimana bunyi luaran dan diasingkan dengan baik tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada anda.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 15

Bateri

OPPO Enco X2 menawarkan jangka hayat bateri yang luar biasa dimana OPPO telah berjaya mengurangkan pengunaan tenaga TWS ini untuk memberikan pengguna sehingga 40 jam waktu pendengaran.

Anda boleh menikmati sehingga 5.5 jam waktu pendengaran dengan bateri pada earbuds iaitu dengan mod ANC diaktifkan atau sehingga 9.5 jam tanpa mod ANC.

Dalam pada itu, bersama bekas pengecasan, anda boleh menikmati sehingga 22 jam waktu pendengaran dengan ANC atau sehingga 40 jam dengan mod ANC tidak aktif.

Bercakap mengenai pengecasan, OPPO Enco X2 boleh dicaj melalui kabel USB-C yang disertakan dalam kotak (10W) dan ianya juga boleh dicaj melalui pengecas tanpa wayar Qi atau pada peranti yang menyokong wireless reverse charging.

ULASAN : OPPO Enco X2 - TWS Premium dengan ciri ANC terbaik dan jangka hayat bateri 40 jam 16

Penutup

OPPO Enco X2 adalah sepasang fon telinga yang mampu bersaing dikemuncak pasaran TWS kerana ianya menawarkan kualiti audio yang terbaik dengan pelbagai ciri tambahan untuk menjadikan pengalaman muzik mudah alih sesuatu yang memuaskan.

Walaubagaimanapun, harus kita sedari bahawa harga OPPO Enco X2 iaitu RM 799 adalah sesuatu yang tinggi yang mungkin menyebabkan ramai terpaksa berfikir panjang sebelum melakukan pelaburan tinggi untuk sepasang TWS.

Jika anda pengguna telefon pintar Android atau OPPO secara khususnya dan ingin memiliki salah satu TWS terbaik dipasaran, Enco X2 adalah salah satu earbuds yang patut anda pertimbangkan.

OPPO Enco X2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799

Beli OPPO Enco X2 di OPPO Online Store 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.