Xiaomi Redmi Note 11 SE kini rasmi dengan MediaTek Dimensity 710
Selain Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+, syarikat ini juga telah memperkenalkan model midrange Redmi Note 11 SE.
Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+ kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Dimensity 8100
Redmi Note 11 SE
Redmi Note 11 SE hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.
Pada bahagian kamera, Redmi Note 11 SE memiliki sensor utama 48MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.
Selain itu, Redmi Note 11 SE ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 710, 4 atau 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan antaramuka MIUI 12 yang berasaskan Android 11.
Beralih kepada bateri, Redmi Note 11 SE mempunyai sel berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.
Redmi Note 11 SE ditawarkan didalam dua warna iaitu Shadow Black dan Space Blue pada harga dari CNY 999 (RM 658) di China.