Xiaomi Band 7 kini rasmi dengan skrin AMOLED Always On dan bateri tahan 14 hari
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu jam kecergasan popular mereka iaitu Xiaomi Band 7.
Xiaomi Band 7 hadir dengan skrin paparan berukuran 1.62-inci dan kini terdapat sokongan always on display.
Xiaomi Band 7 juga hadir dengan bacaan SpO2 yang lebih tepat dan terdapat sokongan bagi 120 mod latihan serta 4 mod sukan professional serta pengesanan aktiviti kecergasan automatik.
Selain itu, Xiaomi Band 7 mempunyai bateri bateri 180mAh dengan jangka hayat sehingga 14 hari bergantung kepada penggunaan.
Xiaomi Band 7 akan ditawarkan pada harga CNY 249 atau sekitar RM 164 dan terdapat versi NFC yang akan ditawarkan pada harga CNY 299 atau sekitar RM 196.
Maklumat jualan antarabangsa masih belum diumumkan namun ianya dijangka akan memasuki pasaran luar China tidak lama lagi.