Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+ kini rasmi dengan skrin 144Hz dan Dimensity 8100
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan tiga telefon pintar terbaru didalam Redmi Note 11 Series iaitu Redmi Note 11T Pro , Redmi Note 11T Pro+ dan Redmi Note 11 SE.
Xiaomi Redmi Note 11T Pro dan Note 11T Pro+ berkongsi spesfikasi yang hampir sama seperti dibawah.
Xiaomi Redmi Note 11T Pro dan Xiaomi Redmi Note 11 Pro+
Xiaomi Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+ hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Terdapat juga kamera selfie punch-hole 16MP.
Pada bahagian kamera, kedua-dua telefon pintar ini memiliki sensor utama 64MP Samsung ISOCELL GW1, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Xiaomi Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+ hadir dengan MediaTek Dimensity 8100, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1. Kedua telefon pintar ini juga hadir dengan antaramuka MIUI 13 berasaskan Android 12.
Perbezaan paling besar antara dua telefon pintar ini adalah kapasiti bateri yang disertakan dimana Redmi Note 11T Pro memiliki bateri 5,080mAh dengan pengecasan pantas 67W manakala Redmi Note 11T Pro+ pula mempunyai bateri 4,400mAh dengan pengecasan pantas 120W (0-100% dalam 19 minit dan terdapat cip Surge P1).
Kedua telefon pintar juga mempunyai pensijilan IP53 dan sensor capjari pada bahagian sisi.
Redmi Note 11T Pro dan Redmi Note 11T Pro+ ditawarkan didalam warna Atomic Silver, Time Blue dan Midnight Black
Redmi Note 11T Pro akan ditawarkan pada harga dari CNY 1,799 manakala Redmi Note 11T Pro pula akan bermula dari CNY 2,099
Redmi Note 11T Pro+ edisi Astro Boy juga dilancarkan.