Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Pad Air dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin LCD 10.36-inci

OPPO Pad Air dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin LCD 10.36-inci 1

OPPO Pad Air dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin LCD 10.36-inci 2

Bersama pelancaran OPPO Reno8 Series, OPPO juga telah memperkenalkan tablet OPPO Pad Air yang merupakan tablet kedua syarikat ini.

OPPO Pad Air hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.36-inci dengan resolusi 2000×1200 dan kadar segar semula 60Hz.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi 4 pembesar suara Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang imersif dan ianya mempunyai berat sekitar 440gram sahaja.

Selain itu, OPPO Pad Air juga dilengkapi cip Snapdragon 680, 4GB RAM ,64GB storan dalaman dan antaramuka ColorOS for Pad yang berasaskan Android 12.

Seterusnya, OPPO Pad Air juga mempunyai satu kamera belakang 8MP berserta kamera hadapan 5MP untuk panggilan video atau selfie.

OPPO Pad Air juga memiliki bateri berkapasiti 7,100mAh dengan pengecasan pantas 18W.

OPPO Pad Air dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin LCD 10.36-inci 3

Berikut adalah harga OPPO Pad Air di China :

OPPO Pad Air 4/64GB – CNY 1,299 (RM 855)

OPPO Pad Air 6/128GB – CNY 1,699 (RM 1,119)

OPPO Pad Air dilancarkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin LCD 10.36-inci 4

OPPO juga menawarkan keyboard cover dan stylus masing-masing pada harga CNY 349 (RM 229) dan CNY 299 (RM 197).

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.