Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo T1 5G dan vivo T1x kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 649 sahaja

vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar vivo T1 Series yang terdiri daripada dua model iaitu vivo T1 5G dan vivo T1x.

vivo T1 5G

vivo T1 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, vivo T1 5G hadir dengan cip Snapdragon 778G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Telefon pintar ini juga membawakan ciri Extend RAM 2.0 yang memberikan tambahan 4GB RAM.

Dalam pada itu, vivo T1 5G hadir dengan tetapan tri-kamera dibelakang iaitu satu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, vivo T1 5G memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 66W.

Selain itu, vivo T1 5G juga memiliki antaramuka FunTouch OS 12, sistem penyejukan gred flagship Vapor Cooling Chamber dan Multi Turbo 5.5

vivo T1 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Turbo Black dan Turbo Cyan pada harga RM 1,249.

Setiap pembelian vivo T1 5G pada 25 April hingga 24 Mei akan menerima satu tahun waranti skrin retak dan satu tahun tambahan waranti serta pembelian PWP vivo TWS 2 ANC pada harga RM 99 sahaja.

Dapatkan vivo T1 5G di vivo eStore, Shopee dan Lazada.

vivo T1x

vivo T1x adalah model yang lebih murah didalam keluarga T1 Series ini dengan harga dari RM 649 sahaja.

vivo T1x hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.58-inci dengan kadar segar semula 90Hz namun panel yang digunakan adalah jenis LCD.

Selain itu, vivo T1x hadir dengan cip Snapdragon 680, 4GB atau 8GB RAM dengan ciri Extend RAM 2.0 dan storan dalaman 64GB atau 128GB.

Beralih kepada kamera, vivo T1x hadir dengan sistem kamera AI 50MP bersama dua sensor 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Selain itu, vivo T1x juga memiliki bateri yang lebih besar berbanding vivo T1 5G iaitu 5,000mAh namun ia hanya menyokong pengecasan 18W.

vivo T1x akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Space Blue dan Gravity Black pada harga RM 649 bagi versi 4/64GB dan RM 799 bagi versi 8/128GB.

Setiap pembelian vivo T1x pada 25 April hingga 24 Mei akan menerima satu tahun waranti skrin retak dan satu tahun tambahan waranti serta color earphone secara percuma.

Dapatkan vivo T1x di vivo eStore, Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.