Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad Mini akan dilancarkan di Malaysia pada 20 April ini


realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme Pad Mini akan turut dilancarkan di Malaysia pada 20 April ini iaitu bersama pelancaran realme 9.

realme Pad Mini adalah sebuah tablet kompak daripada syarikat ini yang telah dilancarkan baru-baru ini.

realme Pad Mini hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 8.7-inci dengan resolusi HD 1340 x 800 dan mempunyai reka bentuk ultra nipis iaitu hanya 7.6mm.

Selain itu, realme Pad Mini juga dilengkapi cip Unisoc T616 yang merupakan cipset kelas entry level yang turut dilengkapi GPU Mali-G57 MP1. ianya ditawarkan didalam dua konfigurasi iaitu 3GB RAM/32GB storan dalaman atau 4GB RAM/64GB storan dalaman.

Dalam pada itu, realme Pad Mini juga dilengkapi kamera belakang 8MP dan kamera hadapan 5MP untuk panggilan video.

Beralih kepada bateri, realme Pad Mini memiliki bateri berkapasiti 6,400mAh yang juga disertakan dengan pengecasan pantas 18W dan sokongan reverse charging.

Lain-lain spesifikasi realme Pad Mini adalah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Bluetooth 5.0, antaramuka realme UI for Pad, slot microSD, bicu audio 3.5mm dan berat 372 gram.

realme Pad Mini dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Gray dan Blue.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.