Oppo perkenal teknologi 150W SUPERVOOC dengan Battery Health Engine di MWC 2022
Pada hari pembukaan Mobile World Congress (MWC) 2022, Oppo telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru 150W SUPERVOOC dengan Battery Health Engine yang menggandakan jangka hayat bateri dan turut mempamerkan teknologi pengecasan 240W SUPERVOOC yang mampu mengecas bateri 4500mAh dalam masa 9 minit sahaja.
Pengecasan pantas 150W SUPERVOOC mampu mengecas bateri berkapasiti 4,500mAh ke tahap 50% didalam masa 5 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa 15 minit sahaja.
Selain itu, teknologi pengecasan 150W SUPERVOOC juga mengintegrasikan teknologi OPPO Battery Health Engine yang telah diperkenalkan pada Oppo Find X5 Series yang dilancarkan minggu lalu. Teknologi ini berupaya memgekalkan prestasi bateri pada tahap 80% sehingga 1,600 kitaran pengecasan, dua kali ganda lebih lama berbanding bateri lain di pasaran.
Selain itu, Oppo juga memperkenalkan teknologi pengecasan 240W SUPERVOOC yang mampu mengecas penuh bateri 4,500mAh didalam masa 9 minit sahaja lagi.