Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy S22 dilancarkan dengan reka bentuk lebih premium dan cip Snapdragon 8 Gen 1 – harga dari RM 3,499


Selain Samsung Galaxy S22 Ultra, Samsung turut melancarkan dua lagi model didalam keluarga Galaxy S22 Series iaitu Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+.

Samsung Galaxy S22 Ultra kini rasmi dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 1, S-Pen dan sistem kamera terbaik pada Galaxy S Series – dari RM 5,099


Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22 menampilkan reka bentuk yang sama seperti generasi Galaxy S sebelum ini namun generasi kali ini menggunakan bahan yang lebih premium iaitu rangka Armor Aluminium dan lapisan gelas Corning Glass Victus+ pada hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ mempunyai banyak persamaan dan ianya bermula dari skrin dimana kedua-dua model ini hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.1-inci dan 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz (10Hz-120Hz) dan Vision Booster. Kedua-dua model juga mempunyai sensor capjari ultrasonic dalam skrin.

Beralih kepada pemprosesan, Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ akan hadir dengan cip pemprosesan 4nm Exynos Snapdragon 8 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

Ke bahagian kamera pula, kedua-dua telefon pintar ini juga berkongsi sistem kamera yang sama iaitu satu sensor utama 50MP yang memiliki Dual Pixel AF dan OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom optik yang turut mempunyai OIS. Kamera selfie adalah 10MP.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S22 memiliki bateri berkapasiti 3,700mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W manakala Samsung Galaxy S22+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 45W. Kedua-dua peranti ini juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 15W dan Wireless PowerShare.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki Galaxy S22 dan Galaxy S22+ adalah Wi-Fi 6, Wi-Fi 6E(S22+), Bluetooth 5.2, pensijilan kalis air dan habuk IP68 dan Samsung Pay dengan NFC.

Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ akan ditawarkan didalam 4 kemasan warna matte iaitu Phantom White, Phantom Black, Green dan Pink Gold.

Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+ akan ditawarkan di Malaysia mulai 10 Februari ini di Samsung Malaysia, wakil pengedar rasmi, syarikat telko.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+ di Malaysia :

Samsung Galaxy S22 8/128GB – RM 3,499

Samsung Galaxy S22 8/256GB – RM 3,699

Samsung Galaxy S22+ 8/128GB – RM 4,099

Samsung Galaxy S22+ 8/256GB – RM 4,299

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.