Reka Bentuk akhir Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin telah didedahkan
Dengan pelancaran cip Exynos 2200 semalam, Samsung kini didalam persiapan akhir untuk melancarkan telefon pintar flagship mereka iaitu Samsung Galaxy S22 Series bulan hadapan.
Lakaran model mercu didalam keluarga Samsung Galaxy S22 Series iaitu Samsung Galaxy S22 Ultra kini telah dikeluarkan satu tipster terkemuka dan ianya kelihatan tampil dengan reka bentuk seperti Samsung Galaxy Note20 Ultra dan terdapat juga slot stylus terbina pada peranti.
Selain itu, reka bentuk telefon pintar ini juga lebih seriras telefon pintar Galaxy Note berbanding Galaxy S Series.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy S22 Ultra dikatakan akan hadir dengan sensor utama 108MP Super Clear Lens, sensor ultrawide 12MP dan dua sensor telefoto 12MP yang masing-masing menyokong pengzooman 3x dan pengzooman 10x.
Selain itu, Samsung Galaxy S22 Ultra juga akan memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi QHD+ yang juga mempunyai lubang punch-hole untuk menempatkan kamera selfie 40MP. Skrin paparan ini adalah panel LTPO yang menyokong kadar segar semula dinamik antara 1Hz hingga 120Hz dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+.
Akhir sekali, Samsung Galaxy S22 Ultra juga akan hadir dengan pensijilan kalis air IP68, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 45W, pengecasan tanpa wayar 15W, dual speaker AKG dengan Dolby Atmos dan antaramuka One UI 4.1 yang berasaskan Android 12.