Samsung Exynos 2200 kini rasmi dengan GPU Xclipse yang menyokong ray tracing dan variable rate shading
Samsung secara rasminya telah melancarkan cip pemprosesan flagship terbaru mereka iaitu Samsung Exynos 2200 yang akan digunakan pada telefon pintar Samsung Galaxy S22 Series.
Cipset baharu ini diperbuat daripada proses 4nm EUV dan tampil dengan GPU khas yang dikenali sebagai Xclipse.
GPU ini adalah berasaskan arkitektur AMD RDNA2 dan merupakan satu-satunya pemproses grafik hibrid yang membawakan teknologi ray tracing dan variable rate shading ke telefon pintar buat pertama kali.
Ray Tracing dan variable rate shading adalah teknologi yang sebelum ini hanya digunakan pada komputer dan konsol gaming dan penawaran teknologi ini melalui cip Samsung Exynos 2200 mungkin bermaksud tahap grafik gaming pada telefon pintar akan melonjak ke satu tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, Samsung Exynos 2200 juga merupakan antara cipset pertama untuk tampil dengan teras Armv9 dan ianya mengandungi satu teras Cortex-X2, 3 teras Cortex-A710 dan 4 teras Cortex-A510z
Selain itu, penambahbaikan Samsung Exynos 2200 tidak setakat pada GPU dan CPU sahaja, cip ini mempunyai NPU yang jauh lebih baik iaitu hampir dua kali ganda berbanding Exynos 2100 sekaligus menjanjikan prestasi AI yang lebih baik.
Dalam pada itu, Samsung Exynos 2200 juga menyokong penggunaan sensor kamera 200MP, rakaman video 8K dan skrin paparan 4K dengan kadar segar semula 120Hz atau skrin paparan QHD+ dengan kadar segar semula 144Hz.
Selain itu, cipset ini juga menyokong penggunaan RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1.
Akhir sekali, Samsung juga berkata bahawa cip Exynos 2200 telah mula dikilangkan.