Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

40 juta unit telefon pintar realme Number Series telah terjual setakat ini


realme, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat didunia telah mengumumkan bahawa ia telah berjaya menjual 40 juta unit telefon pintar realme Number Series.

Menurut agensi penganalisa data Strategy Analytics, jumlah jualan telefon pintar realme Number Series telah mencapai 40 juta unit yang menjadikan realme sebagai jenama terpantas untuk mencapaj jumlah jualan 40 juta unit bagi satu Siri telefon pintar.

Selain itu, siri telefon pintar lain yang telah melepasi angka 40 juta unit adalah Samsung Galaxy S Series, Xiaomi Mi Series, Oppo Reno Series dan banyak lagi.

Dalam pada itu, realme Number Series telah berjaya melepasi angka jualan 40 juta unit didalam masa 14 suku kewangan ( sekitar 3.5 tahun) selepas pelancaran realme 1.

Dalam pada itu, model terbaru didalam realme Number Series ini iaitu realme 9i akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Januari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.