Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A8 2021 kini rasmi pada harga serendah RM 1,095


Samsung secara rasminya telah melancarkan tablet Galaxy Tab A8 2021 yang merupakan sebuah tablet mampu milik yang tampil dengan prestasi lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.5-inci dengan resolusi HD+ dan terdapat juga 4 pembesar suara Dolby Atmos.

Bercakap mengenai prestasi, Galaxy Tab A8 10.5 (2021) ini menawarkan 10% peningkatan prestasi CPU dan GPU namun Samsung tidak mendedahkan jenis cipset yang digunakan. Ianya dikatakan sebagai cip Unisoc Tiger T618. Antaramuka yang digunakan adalah One UI 3.1.1 yang berasaskan Android 11.

Tablet ini juga disertakan dengan 3 atau 4GB RAM dengan storan dalaman sehingga 128GB dan terdapat juga slot microSD.

Ke bahagian kamera, Tab A8 10.5 (2021) ini mempunyai kamera utama 8MP dan kamera selfie 5MP.

Tablet Samsung ini akan dilengkapi bateri 7,040mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W namun hanya adapter 7.5W disertakan dalam kotak.

Samsung Galaxy Tab A8 (2021) akan ditawarkan didalam versi Wi-Fi dan LTE didalam tiga warna iaitu Gray, Silver dan Pink pada harga €230 (RM 1,095).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.