Samsung Galaxy S21 FE 5G semakin hampir untuk pelancaran
Gelaran telefon pintar yang paling banyak diperkatakan tanpa pelancaran rasmi boleh diberikan kepada Samsung Galaxy S21 FE dan kali ini terdapat risalah pemasaran rasmi telefon pintar ini didedahkan.
Bersama-sama ini, sumber ini juga mendedahkan maklumat spesifikasi telefon pintar ini yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari.
Samsung Galaxy S21 FE 5G dikatakan akan hadir dengan paparan 120Hz AMOLED berukuran 6.4-inci yang turut mempunyai lubang punch-hole dibahagian tengah yang menempatkan kamera 32MP.
Selain itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G juga akan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 888 atau Exynos 2100 yang bergantung kepada pasaran dan ianya akan dipadakan dengan kapasiti RAM bermula dari 6GB.
Selain itu, Samsung Galaxy S21 FE 5G juga akan menampilkan tetapan tiga kamera iaitu sensor utama 64MP dan sensor depth dan ultrawide.
Akhir sekali, Samsung Galaxy S21 FE ini akan mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 15W dan sensor capjari dalam skrin.