Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max mungkin tampil dengan sensor wide 48MP


Walaupun boleh dikatakan agak terlalu awal untuk memperkatakan mengenai iPhone 14 Series, penganalisa Apple iaitu Ming-Chi Kuo telah mendedahkan beberapa maklumat telefon pintar terbaru Apple yang akan dilancarkan pada tahun 2022.

Menurut beliau, Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Pro Max akan hadir dengan perubahan besar pada bahagian hadapan dimana bahagian notch akan digantikan dengan potongan punch-hole.

Selain itu, kedua-dua model Pro juga dijangka akan hadir dengan sensor utama 48MP namun output imej dikatakan masih kekal pada 12MP dengan menggunakan teknologi ‘four-cell merge output mode’ yang sama seperti teknologi 4-in-1 pixel binning yang digunakan oleh pengeluar Android.

Dalam pada itu, Kuo juga mendakwa sensor capjari didalam skrin hanya akan menjadi realiti pada tahun 2023 kerana proses pembangunan sensor ini adalah lebih perlahan berbanding jangkaan.

Model iPhone 2022 juga akan menyaksikan Apple memperkenalkan satu lagi model iPhone 6.7-inci yang menggantikan model mini iPhone dan ianya mungkin hadir dengan nama iPhone 14 Max.

Seterusnya, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone SE 5G pada pertengahan pertama tahun hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.