Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition akan dibuka untuk pra-tempahan pada 8 Ogos ini – RM 4,999


Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 8 hingga 21 Ogos ini pada harga RM 4,999.

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition memasuki pasaran tempatan selepas ROG Phone 5 ditawarkan di Malaysia beberapa bulan lalu sebagai antara telefon pintar gaming terbaik dipasaran.

Asus ROG Phone 5 Ultimate adalah model paling premium didalam keluarga ROG Phone tahun ini dan ianya juga satu-satunya model yang tampil dengan 18GB RAM (storan dalaman adalah 512GB).

Baca Ulasan : ULASAN : Asus ROG Phone 5 Malaysia – Peranti Gaming Mantap Yang Menyerlahkan Sepenuhnya Potensi Snapdragon 888 Pada Harga Dari RM 2,999

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition akan ditawarkan didalam warna Storm White sahaja dan anda akan turut menerima AeroActive Cooler dan satu kotak hadiah khas edisi peminat.

Selain itu, pembelian Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition ini juga akan menerima ROG Strix Core bernilai RM 1,099 (warna putih) secara percuma.

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition boleh di pra-tempah di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.