Infinix Hot 10S akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Julai ini – eksklusif di Shopee
Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu Infinix Hot 10S yang akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 7 Julai 2021.
Infinix Hot 10S hadir dengan skrin paparan 90Hz IPS TFT berukuran 6.82-inci dengan resolusi HD+, pemproses MediaTek Helio G85, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.
Selain itu, Infinix Hot 10S hadir dengan tetapan tri-kamera 48MP yang juga disertakan dengan satu sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.
Beralih kepada bateri, Infinix Hot 10S hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang disertakan dengan teknologi Safe Charge namun tidak dapat dipastikan apakah output pengecasa yang ditawarkan.
Lain-lain ciri Infinix Hot 10S adalah mod game Dar-Link, antaramuka XOS 7.6 yang berasaskan Android 11 dan sensor capjari dibelakang.
Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) juga telah mengeluarkan case edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S.
Harga jualan Infinix Hot 10S di Malaysia masih belum diketahui namun ianya akan diumumkan pada 7 Julai ini dan ditawarkan secara eksklusif di stor rasmi Infinix di Shopee.