Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy SmartTag+ kini di Malaysia – harga promosi hanya RM 109


Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa alat pengesan Samsung Galaxy SmartTag+ kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 149 iaitu hanya RM 30 lebih mahal berbanding Galaxy SmartTag yang ditawarkan di Malaysia sejak beberapa bulan lalu pada harga RM 119.


Samsung Galaxy SmartTag+ ini menggunakan teknologi UWB (Ultra Wide Band) dan Bluetooth Low Energy  yang membolehkan anda mencari barang berharga anda menggunakan AR Finder pada telefon pintar seperti Galaxy S21 Series.

Samsung Galaxy SmartTag+ hanya boleh digunakan bersama peranti Samsung Galaxy, tablet dan jam pintar melalui aplikasi Samsung SmartThings App

Selain itu, bersempena dengan pelancaran Galaxy SmartTag+ ini, Samsung juga mengadakan kempen promosi yang menawarkan penjimatan sehingga 26% bagi pembelian Galaxy SmartTag+ dan Galaxy SmartTag.

Berikut adalah harga promosi Samsung Galaxy SmartTag+ dan Samsung Galaxy SmartTag :

Samsung Galaxy SmartTag+ RM 109 (RRP RM 149) – warna Denim Blue & Black

Beli Galaxy SmartTag+ di SINI

Samsung Galaxy SmartTag RM 99 (RRP RM 119)

Samsung Galaxy SmartTag 2 Pek RM 159 (RRP RM 209) – warna Black & Oatmeal

Beli Galaxy SmartTag di SINI | Beli Galaxy SmartTag 2 Pek di SINI

Maklumat lanjut mengenai promosi ini di Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.