Kempen Vivo Hati Rapat , Raya Berkat tawar hadiah bernilai RM 68K dengan pembelian telefon pintar Vivo
Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang sekali lagi bakal disambut tidak lama , vivo Malaysia memulakan Kempen Raya, “Hati Rapat, Raya Berkat” dengan pelbagai tawaran eksklusif .
Mulai 1 hingga 16 Mei, pelanggan yang membeli telefon pintar vivo di kedai konsep vivo dan mana-mana kedai yang mengambil bahagian, termasuk pengedar sah, kedai Maxis di seluruh negara, dan stor rasmi vivo di Shopee dan Lazada akan layak untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM68,888.00.
Bagi mereka yang membeli mana-mana telefon pintar vivo berharga RM500 ke atas, mereka berhak untuk menghantar penyertaan mereka untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah.
Pelanggan akan diminta untuk mengisi dan menghantar butiran mereka menggunakan kod QR yang disediakan di kedai konsep vivo atau mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
Berikut adalah hadiah yang disediakan Vivo melalui cabutan bertuah
HATI RAPAT, RAYA BERKAT 1 – 16 Mei 2021 |
|
Hadiah Utama |
OSIM Family Bundle Bernilai RM7,374 |
Hadiah Pertama |
Philips 40” Full HD LED Smart TV bernilai RM1,199 |
Hadiah Kedua |
Wang tunai RM 200 (50 pemenang) |
Hadiah Ketiga |
Wang tunai RM 100 (100 pemenang) |
Hadiah Keempat |
Wang tunai RM 10 je (3,000 pemenang) |
Selain itu, sepanjang kempen raya ini, anda juga boleh mendapatkan Vivo Y12s pada harga RM 599 sahaja manakala Vivo Y31 pula boleh dimiliki pada harga RM 899 sahaja.
Maklumat lanjut mengenai promosi ini di Facebook Vivo Malaysia