Samsung, Xiaomi, Oppo, vivo, ZTE dan Meizu akan lancarkan telefon pintar dengan generasi baharu sensor kamera dibawah skrin
Beberapa pengeluar telefon pintar dilaporkan bakal memperkenalkan telefon pintar dengan generasi baharu kamera dibawah panel skrin.
Antara syarikat yang dilaporkan sedang bersiap sedia melancarkan telefon pintar dengan kamera dibawah skrin adalah Samsung, Xiaomi, Oppo, vivo, ZTE dan Meizu.
Selain itu, leakster popular Ice Universe mendakwa teknologi kamera ini akan digunakan pada telefon pintar foldable keluaran Samsung dan Oppo manakala Xiaomi akan memperkenalkanya pada Mi Mix 4.
Selain itu, Vivo NEX 5 dan ZTE Axon 30 juga akan dilengkapi dengan generasi baharu teknologi kamera dibawah skrin dan akan dilancarkan pada pertengahan kedua tahun ini.
Penggunaan sensor kamera dibawah skrin akan membolehkan pengeluar telefon pintar mencapai reka bentuk skrin tanpa takukan atau punch-hole.
The second half of the year is when the Under Display Camera officially debuts, including at least Samsung (folding), Xiaomi (MIX4), OPPO (folding), vivo and ZTE (greatly improved version)
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) April 19, 2021