Maklumat Spesifikasi realme 8 telah didedahkan secara rasmi
realme secara rasminya telah memperkenalkan teknologi kamera 108MP kamera beberapa hari lalu dan ianya akan ditawarkan buat pertama kali pada realme 8 Pro.
Jika anda arif dengan strategi produk realme, pelancaran realme 8 Pro juga bermaksud kita sudah pasti akan menyaksikan pelancaran realme 8.
Selain itu, orang ‘kuat’ realme iaitu Madhav Seth juga telah memutnaik telefon pintar ini dan ianya juga disertakan dengan kotak realme 8.
Dengan ini, Madhav Seth secara tidak langsung telah mendedahkan spesfikasi realme 8 dimana ianya akan hadir dengan skrin Super AMOLED berukuran 6.4-inci, cipset Helio G95 (sama seperti pada realme 8) dan 64MP AI Quad-Kamera.
Selain itu, realme 8 juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W Dart Charge.
Akhir sekali, panel belakang realme 8 menunjukkan bahawa telefon pintar ini tampi dengan reka bentuk modul kamera yang berbeza dari siri realme 7 dan terdapat tulisan Dare To Leap yang merupakan slogan syarikat ini.
Menariknya disini, gambar realme 8 ini telah diambil menggunakan realme 8 Pro yang akan menampilkan sensor 108MP dan pelbagai teknologi baharu pada siri ini.